Kesenian merupakan satu di antara pencapaian fizikal yang boleh kita lihat dalam mengukur perkembangan sesebuah peradaban. Kesenian menjadi simbol atau identiti sesebuah tamadun untuk menonjolkan imej mereka dalam memperlihatkan hasil-hasil kreatif masyarakat tamadun itu sendiri dalam erti kata
Kesenian bukan sahaja memperlihatkan ciri-ciri unggul seperti seni muzik, tarian dan lain-lain malah sesetengah tamadun mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri seperti cara makan , pergaulan dan lain-lain. Perbezaan inilah menyumbang kepada tingginya sesebuah tamadun itu daripada yang lain. Tetapi untuk tugasan kali ini , kami hanya menumpukan beberapa ciri-ciri yang kami anggap utama dalam mengetengahkan bagaimana pengaruh kesenian dari tamadun seperti Tamadun Islam , Tamadun Cina dan India cuba diketengahkan untuk diperlihatkan keunikannya yang tersendiri.
Untuk itu , kami gariskan di sini tiga pembahagian , pertama seni penulisan dan kaligrafi yang merangkumi jenis tulisan dan contoh-contohnya, kedua seni muzik yang merangkumi seni tari dan alatan muzik dan yang terakhir aspek seni bina dan ukiran yang menyentuh berkenaan kemajuan infrastruktur dan ilmu ukiran.
blh x saya tahu maklumat yg anda dpt dr sumber mana?saya perlukan rujukan.skian,
ReplyDelete