Tuesday, March 17, 2009

PENGENALAN


Kesenian merupakan satu di antara pencapaian fizikal yang boleh kita lihat dalam mengukur perkembangan sesebuah peradaban. Kesenian menjadi simbol atau identiti sesebuah tamadun untuk menonjolkan imej mereka dalam memperlihatkan hasil-hasil kreatif masyarakat tamadun itu sendiri dalam erti kata cuba menjadi ‘lain dari yang lain’. Secara umumnya, seni boleh difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera.

Kesenian bukan sahaja memperlihatkan ciri-ciri unggul seperti seni muzik, tarian dan lain-lain malah sesetengah tamadun mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri seperti cara makan , pergaulan dan lain-lain. Perbezaan inilah menyumbang kepada tingginya sesebuah tamadun itu daripada yang lain. Tetapi untuk tugasan kali ini , kami hanya menumpukan beberapa ciri-ciri yang kami anggap utama dalam mengetengahkan bagaimana pengaruh kesenian dari tamadun seperti Tamadun Islam , Tamadun Cina dan India cuba diketengahkan untuk diperlihatkan keunikannya yang tersendiri.

Untuk itu , kami gariskan di sini tiga pembahagian , pertama seni penulisan dan kaligrafi yang merangkumi jenis tulisan dan contoh-contohnya, kedua seni muzik yang merangkumi seni tari dan alatan muzik dan yang terakhir aspek seni bina dan ukiran yang menyentuh berkenaan kemajuan infrastruktur dan ilmu ukiran.

2 comments:

  1. blh x saya tahu maklumat yg anda dpt dr sumber mana?saya perlukan rujukan.skian,

    ReplyDelete
  2. The 7 Best Slots to Play for Real Money at a Casino Without
    Real 아산 출장샵 money slots are not always as exciting 경상남도 출장안마 as you think they 양산 출장샵 are. But to help you 경상북도 출장마사지 understand why it is the 태백 출장샵 safest casino to play with a

    ReplyDelete